Nov 11 2008

Kisah Benar : Keluhan Batin Seorang Isteri

Kisah Benar : Keluhan Batin Seorang Isteri

Di bawah ini adalah fakta-fakta hasil
dari online survey yang diperolehi dari
586 isteri dan wanita dan kami temui
beberapa kebenaran yang mengejutkan…..
Sila baca fakta-fakta yang merisaukan ini :

* 70% isteri mengatakan mereka TIDAK PERNAH
mencapai puncak orgasme/klimaks semasa
melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.
* 65% isteri mengakui sering BERPURA-PURA
MENCAPAI ORGASME untuk memuaskan hati
suami mereka.
* Hanya 15% isteri yang mencapai orgasme lebih
sekali dalam seminggu.
* 78% daripada isteri mengaku yang mereka
lebih suka dibelai-belai sahaja dari melakukan
seks memandang mereka tidak mencapai kepuasan
dari hubungan seksual dengan suami.

Fakta ini dikira serius dan kebanyakan lelaki yang
tidak mengendahkan masalah mereka ini & kurang mencari
penyelesaiannya kerana malu atau ego lelaki mereka
yang menebal walaupun semua permasalahan bermula
daripada para suami.

Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak,
ada saja alasan mereka untuk mengelak. Persepsi mereka,
seks adalah untuk keseronokan suami semata.
Tak tercabarkah ego anda?.

Bagaimana nak atasi masalah ni, kini penemuan
terbaru pakar seksologi mendedahkan teknik
memberikan kepuasan yang maksima kepada isteri
anda yang dikenali sebagai Pancutkan Isteri.

Untuk maklumat lanjut klik url di bawah:

http://tinyurl.com/istripuas

panduanbisnes

Oct 4 2008

US$1 Bagi Setiap Referal.

panduanbisnes.comLepas raya ni apa kata kita mula buat duit. Kali ini jutawan internet Russell Brunson nak bagi US$1 bagi setiap referal yang berjaya sign up. mudah bukan!

Apa lagi yang istimewa mengenai program ini. Ya, anda juga berpeluang memenangi kereta corvette. Memang menarik tawaran daripada Russell ini. Jadi jika ada berminat nak jana wang lepas raya ni. jom join kat sini. Bayangkan jika anda berjaya mendapat 100 orang yang daftar melalui link anda. dah tentu boleh cover balik duit raya yang dah habis.

Ok lah, cerita banyak pun tak guna. cepat join dan mulakan promosi link anda. klik sini untuk join program ini.

Terima Kasih.

panduanbisnes.com

Sep 23 2008

Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Pelawat Blog Panduan Bisnes

panduan bisnesRasanya suasana kemeriahan hari raya semakin terasa dimana-mana sahaja pun. Semua orang sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut aidilfitri yg tinggal tak berapa hari saja lagi.

Suri rumah sibuk menyediakan kuih muih dan mengemas rumah supaya nampak lebih berseri walaupun tak semuanya baru. yang paling penting asalkan masih boleh digunakan lagi.

Memandangkan keadaan ekonomi sekarang ini agak gawat, lebih baik kita mengamalkan kesederhanaan dalam semua hal. Jangan membazirkan wang hanya kerana ingin menyambut adilfiri setahun sekali.

Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf, andai ada salah dan silap yang menyakiti anda tanpa saya sedari. ampun dan maaf dipinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir Dan Batin

-pakteh-

PS : Berhati-hati dijalan raya. Pandu dengan cermat. Kalau shopping tu jangan la membazir, beli ala kadar sahaja.

panduanbisnes.com

TAGS: ,
Sep 20 2008

Anda Pasti KAYA Dengan Program Reseller!

tension.jpgMaaf, ada kesilapan dalam tajuk di atas. Sepatutnya berbunyi “Anda Pasti KAYAP Dengan Program Reseller!“. Kesilapan ini adalah disengajakan.

Akhir-akhir ini banyak betul website-website skim cepat kaya yang tumbuh dan menggunakan perkataan “program reseller” sebagai nama samaran bagi “skim cepat kaya” anjuran mereka.
Kebanyakkan website-website program reseller ini, menawarkan satu peluang “pendapatan mudah”.  Kononnya, dengan hanya perlu membayar sedikit “yuran keahlian” (RM10- RM50) , mereka akan menjadi kaya raya.

Setiap ahli akan mendapat produk “sampah” & juga sebuah website reseller. Untuk mendapatkan wang yang banyak , ahli tersebut perlu mempromosikan website reseller mereka. Lagi banyak mangsa yang mereka perolehi untuk sertai dibawah mereka.. lagi banyak wang yang akan diperolehi.

Hakikat sebenar, program-program resseler ini sebenarnya, adalah merupakan skim piramid dan program skim cepat kaya versi terkini.

Mengapa saya katakan program reseller ini adalah sebuah program skim cepat kaya?

Ramai yang terkeliru dan mengatakan program reseller ini adalah sama seperti program affiliate, tetapi hakikatnya tidak.

1) Program reseller berbilang tingkat, duit yang diperolehi akan digunakan untuk membayar orang atas yang bertingkat-tingkat. Berbeza dengan program affiliate, maksimun hanyalah 2 level sahaja.

2) Ahli yang ingin dapat komisyen, perlulah menjadi ahli berbayar. Berbeza dengan program affiliate, ahli tidak perlu membayar/membeli produk untuk memperolehi komisyen mereka.

3) Produk sampah, produk yang ditawarkan pula hanyalah produk-produk yang tidak berkualiti. Ianya wujud hanyalah untuk mengelirukan dan menutup hakikat sebenar skim piramid yang mereka anjurkan. Ini kerana, jika anda mengkaji asal usul skim piramid, pada asalnya skim piramid hanyalah melibatkan wang, tiada sebarang produk yang terlibat. Namun begitu, pada hari ini, penganjur2 skim piramid ini sudah sedikit bijak, kini, mereka menggunakan “produk” di dalam urusniaga mereka.. ianya hanyalah sebagai alasan untuk mereka mengatakan, kononnya mereka bukanlah penganjur skim cepat kaya.. sebabnya, mereka ada produk. “Wang yang dibayar oleh ahli adalah untuk membeli produk”.. kata mereka.. hakikatnya.. produk tersebut hanyalah sampah dan langsung tidak bernilai. Ianya lebih bermotifkan wang (itulah tulang belakang skim piramid).

Program reseller juga tidak akan berthan lama, malahan ianya juga merugikan ramai orang.

Ini kerana program reseller menggunapakai konsep skim piramid sebagai “model bisnes” mereka. Dan seeprti yang diketahui, skim piramid adalah merupakan satu program yang rapuh dan tidak akan bertahan lama. Mengapa skim piramid tidak bertahan lama?

Kerana model skim piramid mempunyai kekangan dan ianya bergantung kepada bilangan manusia. Anda boleh lihat bagaimana program reseller/skim piramid yang menggunapakai “5 orang bawah” sebagai orang bawah akan menjadi tepu pada suatu hari nanti.

panduan bisnes

Gambarajah berikut menunjukkan, skim piramid akan tepu pada peringkat ke 13, ini kerana, pada peringkat ke-13, bilangan orang yang diperlukan untuk menyertai skim tersebut adalah bersamaan dengan bilangan penduduk dunia. Selepas itu, jika mahu cari orang lain untuk sertaiprogram tersebut, ahli-ahli di level ke-13, perlu mencari lembu, katak, monyet dan alien sebagai orang bawah mereka. Jika mereka tidak berjaya mencari orang bawah.. mereka akan rugi!.

Hakikatnya.. lembu, katak dan monyet tidak boleh menyertai mereka!. maka.. jadilah mereka orang-orang yang rugi!. Duit dah bayar jadi ahli.. tapi satu sen pun tak dapat (sebab dah tak ada orang di dunia ini yang boleh daftar dibawah mereka)

Sekarang kita lihat semula program reseller, program reseller yang sering kita jumpa pada hari ini pula kebanyakkannya adalah website yang berbahasa melayu. Secara logiknya, ianya hanyalah ditargetkan kepada orang-orang malaysia.

Dan tahukah anda? berapakah bilangan penduduk malaysia?.. Ianya adalah 24 juta orang.

Dan memandagkan program reseller ini adalah merupakan sebuah website, maka, potensi marketnya hanyalah orang-orang yang masuk internet sahaja bukan? Jadi kini.. berapakah pula bilangan penduduk malaysia yang mempunyai akses ke internet? Ianya.. adalah 4 juta.

Sekarang mari kita lihat pula gambarajah piramid di atas.
Katakanlah jika semua orang yang masuk internet di malaysia ini menyertai program reseller tersebut. Maka, program tersebut akan mula menjadi tepu apabila memasuki level ke -9.

Pada level tersebut, seramai lebih kurang 3.8 juta orang akanmengalami masalah untuk mendapatkan orang bawah. Sekali lagi, lembu, katak dan monyet tidak boleh diajak untuk menjadi “orang bawah” mereka. Kesimpulannya.. rugilah mereka.! Hangus duit yuran sebanyak RM10-RM50 yang dibayar untuk menjadi ahli.

Hakikat sebenar!

Hakikat yang sebenarnya, dari 4 juta rakyat malaysia yang online, setelah ditolak budak-budak yang hanya tahu main games di internet dan juga pakcik-makcik yang hanya sebulan sekali masuk internet untuk check resepi kuih raya. Bakinya hanyalah sekitar 2 juta orang.

Dan dari 2 juta orang itu pula, tidak ramai sebenarnya rakyat malaysia yang “bodoh” untuk menyertai program reseller ini. Dari permerhatian saya terhadap program-program reseller ini sebelum ini, saya mendapati, bilangan mangsa yang paling ramai sesebuah program reseller dapat tipu untuk menyertai program mereka ialah sekitar 1-2 ribu orang sahaja. Pendek kata, program mereka ini akan mengalami masalah kekurangan mangsa dan akan menjadi tepu pada level ke-4 atau ke-5. Dan ini, menyebabkan, hanya 36 orang sahaja (pada level 1-2) yang sempat dapat untung . Baki seribu ahli yang lain? Terlopong dan ternganga sahajalah jawapnya..

Tak percaya? Tanyalah mereka yang “kononnya” dapat beratus-ratus RM (ratus2 je.. bukannya puluh ribu pun! oh!) dari program reseller ini.. tanya mereka, mereka ahli no berapa? Kemudian, tanya pula ahli yang ke 100 atau 300, berapa RM yang meraka dapat? Pasti mereka segan nak cakap.. oh!

Kesimpulan..

Lengkapkanlah diri anda dengan ilmu supaya tidak mudah tertipu dan menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Jauhilah program-program mengarut  seperti program reseller ini. Banyakan membaca dan banyakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif jika anda kurang pasti mengenai sesuatu itu. Sekian, selamat maju jaya!.

p/s:- Mungkin artikel ini akan menimbulkan sedikit kontroversi. Pasti ramai yang tidak akan berpuas hati.. tapi bagi saya.. ianya adalah perkara biasa. Ianya mengingatkan saya semula sewaktu zaman program autosurf, hyip dan siwisscash suatu masa dahulu. Ramai yang tidak berpuas hati apabila saya meneluarkan artikel dan mengatakan semua program itu adalah program skim cepat kaya dan piramid. Kita tunggu dan lihat.. masa akan menentukan…

Nota : Artikel ini ditulis oleh MohdSuhaimy.com dan anda dibenarkan untuk mengcopy paste keseluruhan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian.

Terima Kasih.

panduan bisnes

Sep 18 2008

Download Report Percuma Dan Dibayar USD1

Peluang anda mendapatkan duit free dengan menyertai affiliate lemonadehere.

panduan bisnesDownload report ini dan kemudian daftar program affiliate lemonadehere. Setiap report yang berjaya di download akan menerima komisen usd1. Lumayan tu…Bayaran akan dibuat melalui akaun paypal. Jika akaun paypal anda belum verified, anda boleh verified di sini.

Jadi apa tunggu lagi, mari kita ramai-ramai edarkan report ini disamping buat duit raya. Anda boleh download report ini di sini. Ingat…lepas download, jangan lupa daftar affiliate.

Sebenarnya, program PPL ini memang boleh buat duit. Jika anda mempuyai senarai mail list, peluang mendapatkan komisen menjadi lebih mudah. Ramai yang telah membuktikan. Malangnya, saya belum mampu memiliki mailing list sendiri.

Saya akan cuba subscribe aweber atau getresponse, ASAP!

Sekian. Terima Kasih

PS : Klik sini untuk join affiliate  lemonadehere.

panduan bisnes

Sep 16 2008

Dulu, Kini Dan Selamanya

panduan bisnesKalau anda nak tahu, ini lah kuih yang paling saya suka dari kecil hinggalah sekarang. Iaitu kuih bahulu. Disamping rasanya yang enak, yang paling saya suka ialah ia mempunyai nostalgia tersendiri. Bila makan kuih bahulu saya akan teringat kisah masa kecil. Sungguh indah jika dikenangkan kembali.

Kalau nak dibandingkan rasanya dulu dan sekarang, memanglah ada bezanya. Zaman dahulu bahulu di bakar dengan kayu arang. sebab tu rasanya enak. sekarang ini menggunakan oven elektrik dan rasanya memang berbeza. Bagaimana pun kuih ini tetap menjadi pilihan saya dari dahulu, kini dan selamanya.

Jika tidak ada aral melintang, mungkin lepas raya ini saya akan belajar membuat sendiri kuih bahulu ini melalui kak saya. Bukan apa, saya begitu fanatik dengan kuih bahulu ini. sebab itu saya akan cuba belajar membuatnya sendiri.

Jika dah berhasil nanti, saya akan ceritakan di blog ini nanti.

Terima Kasih.

panduanbisnes.com

TAGS: , ,
Sep 15 2008

Irfan Khairi : Sedikit Coretan Yang Menarik

Artikel ini amat menarik dan siarkan untuk tatapan anda semua.irfan.jpg
Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang
berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan
internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya
golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah
mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat
yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan
internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius
mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri
kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka,
kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.

Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia
Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang
pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet,
sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak
munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan
internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak,
meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh
tahun yang lalu."Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak
kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan
orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri
internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak
mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang
perniagaan melalui internet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemu
bual baru-baru ini.

FENOMENA BARU

Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi
Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan
Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina
Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping
Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan
Khairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk
seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.
Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak
harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja.
Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka
luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan
Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan
perniagaan melalui internet.

"Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh
kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya
bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang
ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ
saja satu idea memulakan perniagaan internet - menjualbuku-buku
agama - boleh dilakukan," kata Irfan.

POTENSI MASA DEPAN

Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan
menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan
majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian
juga dengan internet.

"Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta
orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang,
bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita
harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi
mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan
penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring
dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri
ICT di Negara ini."

Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih
tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh
memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk
melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal
yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500
sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat
yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan
mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu
membina laman web nya sendiri.

"Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu
tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat.
Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet -
samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau
membuat penyelidikan.

Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word,
maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan
mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah," kata Irfan.
Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang
sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini. 

Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat
menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai
itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet,
usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia
yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka
ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1
billion orang.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan
konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,
bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin
berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia
boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu
lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta
kepada mereka yang masih menganggur.

"Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan
mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus
memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan
melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang
sungguh minimum.

"Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan
tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan
sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu
cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi" kata
Irfan lagi.

KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7
tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya
tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah
ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah
perkara baru.

Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara
sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan
pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam
perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk
terus berjaya.

Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas
perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan
internet.

Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk
menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar
mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara
perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya.
Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun
(empat tahun lalu).

Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya
untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua
tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan
internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta
memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan
internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di
RahsiaInternet.com.
Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima
perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya
selagi termampu, Insya-Allah.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Seringkali saya di Tanya. "Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000
yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk
mendapat pulangan tertinggi?"

Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya
dengan soalan "Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk
memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?". Pelbagai jawapan yang
diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000.
Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi
menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana
pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan
orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang
yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa
menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi
yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan
menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap
manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan
keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu.
Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda
kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000
sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri
anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3
buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3%
selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus
yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan
anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan
kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan
anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi
lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih
baik - ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang
hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing.
Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga
turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi
atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan
mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda
pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000
sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada
pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10%
setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31
tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun
adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3
tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting.
Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat
satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang
telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000
atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan
yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada
sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli
buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari
pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan
tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari
daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat
pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia
merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu
mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh
orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki
nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan
tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar
kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta
kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan
isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda
dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

Berminat untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah selepas
Raya? 

Tontoni klip Irfan Khairi di Astro Awani mengenai Workshop Jutawan
Internet:

Lawati
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=IdVQV&m=1ag5F8obKIJU.r&b=DZzaBfaDd.lAEKJGeRsG6Q

Lawati
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=IdVQV&m=1ag5F8obKIJU.r&b=cPzeK9fYiNrfz2t6W1k3Rw
untuk pendaftaran

==============
MENTOR JUTAWAN
==============

Beratus-ratus pembaca akui bahawa, “Mentor Jutawan”, adalah ebook
utama untuk para usahawan dan bakal usahawan dalam memberi dorongan
dan inspirasi:

http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=a8915adf

Mentor Jutawan kini laris di pasaran dan mendapat review yang amat
positif dari semua pihak. Dapatkan untuk anda, atau orang yang
tersayang hari ini!

http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=a8915adf

Artikel yang saya ambil daripada news letter oleh irfan khairi.




 panduanbisnes.com

Sep 14 2008

Pakej Database Video Blog

Miliki Trafik Yang Luar Biasa…

Bagaimana Menambah trafik ke laman web atau blog di samping menjana pendapatan melalui Google adsense, Nuffnang dan lain-lain.

Ya, Melalui Blog Siri Anime Dan Siri TV yang Popular.

Apakah siri-siri anime popular tersebut?
# Naruto,Bleach,Inuyasha dan lain-lain.

Apakah siri-siri tv popular tersebut?
# Heroes,Lost,Smallville dan lain-lain.

Tahukah anda berapa ramai jumlah peminat siri tersebut?
# Anggaran minimum ialah 10 juta peminat/penonton daripada seluruh dunia.Maka,jika anda dapat menarik 0.1% sahaja daripada jumlah itu pun anda mampu untuk menarik 10,000 pelawat sehari melalui blog anda.

Tahukah anda pelawat utama untuk siri anime dan siri tv tersebut di laman web saya?
# USA dan seluruh eropah

Produk terbaru iaitu “Pakej Databae Video Blog“.

Anda boleh membuat blog anime dan siri TV dgn cepat dan mudah menggunakan database yang telah siap. Untuk Maklumat lanjut mengenai database video Blog, sila klik link di sini.

panduanbisnes.com

Sep 10 2008

Sertai Peraduan Proton MPV Baru

Peraduan Namakan Proton MPV Yang Baru
proton-mpv-clay-model-picture-300x225.jpg
Jom kita ramai-ramai bagi nama untuk Proton MPV Baru. Kalau ada rezeki , hadiahnya adalah sebuah Proton MPV.

Syarikat proton yang mengeluarkan kereta mampu milik malaysia sedang mengadakan peraduan yang cukup menarik untuk anda sertainya. Maka rebutlah peluang keemasan ini untuk memenangi hadiah menarik dari proton tersebut.Terdapat pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi oleh anda.

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini atau klik pada foto di atas.

TAGS:
Sep 8 2008

Panduan Asas Membina BLOG Sendiri

Anda masih belum mempunyai BLOG? Hanya sekadar melihat BLOG orang lain..TETAPI BLOG anda BILA LAGI? Jangan lagi buat alasan…

Salah satu Teknik yang WAJIB anda ketahui di dalam usaha perniagaan Internet ialah mempunyai BLOG anda sendiri.

Tanpa mempuyai BLOG Anda Sendiri, adalah amat sukar untuk melakukan kerja-kerja pemasaran kerana melalui BLOG anda akan dapat memberikan maklumat dan berhubung dengan bakal prospek anda. Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan atau pengembaraan, mempromosikan produk atau servis, resume atau sekadar untuk suka-suka.

Anda mungkin bertanya pula, mengapa pula BLOG? Ya, dengan BLOG anda boleh Menjana Pendapatan Lumayan. Sila lihat laporan dalam keratan akhbar di bawah ini:

asasblog.com

Memang Telah Terbukti Blog Boleh Menjana  Pendapatan Lumayan. Tidak Hairanlah Kebanyakkan Semua Usahawan Internet Mempunyai BLOG Mereka Sendiri. BLOG Sebagai Medium Perkongsian Ilmu Yang Paling Popular Pada Masa Sekarang. Kerana Ia Begitu Popular Maka Setiap Hari Beratus-Ratus BLOG Baru Akan Wujud Mungkin Juga Termasuk BLOG ANDA!!

asasblog.com

Dapatkan Ebook Panduan Pemasangan & Asas Penggunaan Wordpress. Panduan ini lengkap bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan BLOG.

Klik di sini untuk info lanjut.

TAGS: