20 Senarai Produk Senang jual di Facebook | Bisnes Internet

produk senang jual di facebook

Produk Senang jual di Facebook?

Ramai peniaga-peniaga di facebook sekarang ini. Macam-macam produk yang diorang jual di group-group glamour di facebook, tapi produk-produk yang diiklankan semuanya tak mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna-pengguna facebook. Masih ramai lagi peniaga-peniaga online yang masih tidak faham tentang keperluan dan kehendak pengguna-pengguna di facebook.

Sebelum saya kongsikan dengan anda 20 senarai produk senang jual di facebook, saya ingin berkongsi ilmu sedikit dengan anda hasil dari pengalaman terlibat dengan dunia online ini sejak 2012 lagi...


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, apakah step asas yang perlu anda lakukan untuk membuat jualan sesuatu produk di facebook...

5 Step Utama Produk Senang Jual Di Facebook

 

1. Buat validation terhadap produk terlebih dulu


Katalah anda menjual t-shirt yang berkaitan kucing, maka apa yang perlu anda buat ialah berhubung dengan mereka-mereka yang mempunyai minat dengan kucing, kenapa? sebab mereka mampu memberi respond terhadap produk tshirt anda samada mereka berminat atau tidak dengan produk anda.

Proses validation ini bukanlah proses anda menjual, tetapi ia satu proses dimana anda ingin mendapatkan respond tentang produk anda, samada produk anda tersebut mempunyai permintaan atau tidak di pasaran

Contoh ayat validation yang boleh anda gunakan ialah " ada tak kat sini geng-geng yang minat kucing nak buat tshirt kucing sebagai tanda anda peminat-peminat setia kucing "...

2. Anda pengguna produk anda

Anda jual produk tersebut di facebook, tapi anda sendiri tidak menggunakan produk tersebut? so, macam mana anda nak tackle hati bakal pelanggan-pelanggan anda?

Cara mudah ialah, anda sendiri menggunakan produk tersebut dan kerap berkongsi cerita di facebook profile sendiri tentang manfaat lepas anda gunakan produk tersebut...itu saja, proses ini kita panggil dalam pemasaran ialah soft selling...

3. Fokus selesaikan salah satu masalah yang boleh dibantu dengan produk anda

Saya percaya jika anda menjual produk kecantikan, pasti produk tersebut mempunyai pelbagai fungsi untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan tentang kecantikan, so apa yang perlu anda buat ialah pilih satu masalah dan fokus untuk selesaikan masalah pengguna tersebut sehingga memberi manfaat 150% kepada pengguna yang menggunakan produk tersebut.

Contohnya, Jika produk anda boleh menghilangkan parut bekas jerawat pada wajah, maka anda harus fokus kepada "masalah parut bekas jerawat" tersebut saja untuk memastikan bakal-bakal pengguna produk anda faham bahawa produk tersebut ialah " menyelesaikan masalah parut bekas jerawat "

 4. Kerap Berkongsi kebaikan dan manfaat produk di facebook wall sendiri

Nak Menjual di facebook bukan kerja mudah, sebab anda perlu bersaing dengan produk-produk lain di luar sana, so apa yang perlu anda lakukan ialah anda percaya 200% dengan produk anda sendiri yang mampu membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Caranya ialah anda kena selalu rajin berkongsi tips,info yang sesuai dan berkaitan dengan produk anda...

Contohnya, jika produk anda di perbuat dari halia sebagai sumber utamanya, maka anda harus educate follower2 dan rakan-rakan anda tentang kebaikan dan kelebihan halia dalam kehidupan mereka. Dengan cara ini, mereka anda lebih faham tentang manfaat produk anda, dan seterusnya ia mampu mengubah persepsi tentang produk anda dan kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam produk anda. Ini pentingnya anda kena rajin membaca dan membuat research tentang produk anda supaya anda faham tentang teknik pemasaran " content marketing ", iaitu mendidik bakal-bakal pelanggan melalui ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam kehidupan seharian mereka...

5. Berkongsi cerita-cerita pengguna produk sebab Testimoni mampu tingkatkan kepercayaan 150% terhadap produk anda

Bab ini saya rasa anda faham tentang keperluan dan kerajinan anda untuk sekerap mungkin berkongsi dan bercerita dalam wall fb anda tentang pengguna-pengguna yang telah anda bantu dan mereka mendapat manfaat serta berpuashati 200% dengan kesan produk anda..
Bercerita dan terus bercerita sehingga mereka "bosan" tentang kehadiran produk anda dalam minda mereka...

Done. Semoga Bermanfaat untuk anda. Jangan Segan untuk Share artikel ini yer... :-)

 

Oklah, seperti yang saya janjikan untuk berikan anda 20 senarai produk senang jual di facebook

Klik link disini untuk Anda Download PERCUMA >  DISINI

dan ikut arahan seterusnya...

 

P.S.S >>> Anda tak nak terlepas next artikel? Sila daftarkan Nama dan Alamat Email anda di sebelah Kiri untuk tidak "TERMISS" artikel dari kami di BisnesDiInternet.blogspot.com

 

 

 

 


0 comment... add one now