Pemilik Blog ini Jadi Jutawan Dalam Sekelip Mata | Duit Blog

 kredit pixalbay.com

Terima Kasih Sudi baca

Ini lebih kepada coretan ringan untuk korang baca dan motivasi untuk diri admin yang jarang update blog

Masalah utama kita yang punya blog ialah rasa malas ya amat untuk update blog dengan artikel kerana memerlukan untuk kita mencari idea, berfikir dan menulis

Akibatnya, blog bersarang tanpa ada tetamu yang sudi singgah membaca. Tapi tidak kepada pemilik 3 blog ini iaitu siraplimau.com, myresepi.com, dan kongsiresepi.com yang telah mendapat pulangan yang berbaloi-baloi apabila 3 blog yang dihasilkannya telah menjadikan dirinya jutawan dalam sekelip mata kerana blognya telah diambil alih sebanyak 70% dengan nilai jualan mencecah RM 2.65 juta

Jika korang jadi owner kepada blog tersebut, pasti korang sujud syukur kerana penat lelah selama ini, telah di hargai oleh orang lain


Sebelum blog ini dibeli oleh orang lain, kami  juga percaya pendapatan blog beliau juga mencecah ribuan ringgit daripada pelbagai sumber pendapatan dan salah satunya adalah melalui google adsense

Kalau orang yang masih baru dalam dunia blogging, berikan masa korang untuk ambil tahu tentang google adsense ini

Google adsense adalah satu punca pendapatan para blogger  dimana pihak google akan meletakkan iklan di blog anda. Jika ada pelawat yang singgah di blog anda, dan klik pada iklan yang muncul di blog anda, maka setiap klik yang pelawat singgah akan di bayar oleh pihak google

Berapa pula jumlah pendapatan yang dibayar oleh google?

Jika blog anda berbahasa melayu, jumlah yang dibayar oleh google tidaklah mahal berbanding dengan blog yang berbahasa inggeris. Duit blog dari blog bahasa inggeris sangat berbaloi untuk anda bangunkan kerana pendapatan anda akan lebih dari blog yang berbahasa melayu

Anda jangan risau jika tidak tahu nak hasilkan artikel dalam bahasa inggeris, ia bukanlah satu masalah lagi pada zaman canggih ini

Dah Ada Blog? Tapi Nak Tulis Apa…

Jika anda mempunyai minat dalam sesuatu bidang, anda boleh berkongsi ilmu dan pengetahuan anda dalam bidang tersebut tetapi jika anda tidak ada idea, berikut ialah beberapa idea yang boleh anda bangunkan blog anda;

  1. Blog masakan/ resepi
  2. Blog travel/jalan-jalan makan angin
  3. Blog Perniagaan/usahawan
  4. Blog Informasi/trendy

Dengan panduan google adsense, ia akan membantu anda cara bagaimana anda untuk hasilkan artikel dalam bahasa inggeris dan menghasilkan duit blog secara berterusan.
Bukan itu saja, anda juga akan belajar beberapa modul tentang google adsense;
  1. Pengenalan
    Ia pengenalan untuk Modul Panduan Raja Adsense ini. Ia adalah untuk persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam menulis blog bagi program Google Adsense ini. Ramai yang gagal bertahan disebabkan pelbagai isu. Ia akan dikupas di dalam modul ini 
  2. Pemilihan Niche atau Topik                                                                               Langkah pertama ialah memilih niche atau topik yang terbaik untuk anda buat untuk pasaran Malaysia. 
  1. Pembangunan Blog
    Seterusnya ialah pembangunan blog samada mengunakan blogger atau wordpress. Dalam modul ini, banyak menyentuh tentang pengunaan wordpress yang dihos sendiri. Tools dan plugin yang digunakan untuk membantu pengurusan blog anda
  2. Penulisan Artikel
    Artikel memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah blog agar bertahan lama di enjin carian. Ia perlu dirancang dan ditulis dengan cara tertentu. Ia perlukan latihan yang lama untuk aktiviti penulisan ini
  3. Search Engine Optimization
    Ia adalah rahsia bagaimana blogger berjaya mendapat ranking yang terbaik di enjin carian. Ia cara bagaimana untuk artikel mereka tampil pada kedudukan pertama apabila di cari oleh pengguna internet. Terdapat 2 cara SEO iaitu Onpage SEO dan juga Offpage SEO akan dibincangkan dalam modul ini
  4. Teknik Pemasaran Pantas
    Dalam modul ini, saya menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan traffik dengan pantas. Sebagus mana sesebuah blog tidak berguna jika tiada pelawat. Sebab itu, modul ini dibuat agar anda boleh mengajak pelawat ke blog anda.
  5. Mendapatkan Akaun Google Adsense
    Akaun Google Adsense sangat sukar untuk diperolehi. Namun, dalam modul ini saya berikan 3 cara untuk mendapatkan akaun Google Adsense Penuh. Terdapat 2 jenis akaun Google Adsense iaitu Penuh dan juga Hosted.
  6. Blog Monetization
    Selain daripada Google Adsense, anda akan tunjukkan cara lain untuk anda menambah pendapatan blog anda. Pendapatan ini penting untuk membolehkan anda menampung kos-kos yang bakal ditanggung dalam pembangunan blog anda
  7.  Akaun Adsense Hosted
    Selain akaun penuh, anda juga boleh memiliki akaun Hosted Adsense iaitu menerusi Blogger dan Youtube. Panduan ini juga akan tunjukkan langkah demi langkah untuk mendapatkan akaun Hosted Youtube dan bagaimana untuk anda upgrade kepada akaun Google Adsense Penuh dengan akaun Hosted ini.
  8. Isu Penting dan Tips
    Sebagai penutup modul Panduan Raja Adsense, ia akan membincangkan pantang larang yang seringkali terlupa sehingga menyebabkan kehilangan akaun Google Adsense mereka.

Kalau korang serius nak buat duit blog, kami cadangkan anda dapatkan panduan raja adsense versi kemas kini kerana panduan adsense ini telah berada di pasaran sejak 2006.
Semoga perkongsian ini akan memberikan anda motivasi dan inspirasi untuk anda bina blog dan menghasilkan pendapatan dengan blog.



0 comment... add one now