Cara Tanam Cookies Untuk Link Affiliate | Teknik Affiliate


Cara Tanam Cookies Untuk Link Affiliate


Ramai dari anda yang baru berjinak-jinak dengan bisnes affiliate menggunakan kaedah direct promosi link affiliate terus kepada bakal prospek. Salah ke cara promosi tersebut? 

Jawapannya : Tak dan Ya

Tak

Tak Salah cara promosi direct link affiliate jika anda telah pasti prospek tersebut confirm nak beli dengan anda, tapi anda kena bantu prospek anda untuk isikan borang order. 

Apa yang perlu anda buat ialah :

1.  Bantu isikan nama, alamat email, no tel dan alamat pelanggan anda untuk melalui link affiliate anda sendiri. Prospek anda akan menerima email dari invoice yang anda isikan tadi di email mereka. 

2. Minta mereka membuka email mereka dan buat bayaran melalui maklumat tempahan yang telah mereka terima

3. Keadah direct promosi link affiliate cara diatas lebih selamat dan suksess supaya komisen anda sebagai agen yang membuat promosi
tidak putih mata

Cara lain ialah untuk anda guna direct promosi link affiliate ialah dengan buat satu laman bonus yang meleleh

1. Buat satu Landing Page Bonus khas untuk Produk Ynag anda promosikan. Sertakan sekali info bonus yang anda tawarkan kepada prospek anda dan buat arahan yang jelas bagaimana cara untuk mereka claim bonus anda

2. Jika anda nak selamat, minta prospek yang berminat dengan bonus anda untuk mereka isikan nama dan alamat email mereka di borang opt in yang telah anda sediakan di laman bonus. Dengan cara ini, anda mampu membuat followup melalui email pada kemudian hari atau untuk anda tawarkan bonus-bonus lain. 

3. Atau anda juga boleh minta prospek anda klik pada button CTA yang telah anda sediakan melalui link affiliate anda

Ya

Anda akan rugi jika anda promosikan link affiliate secara direct kerana peratus untuk orang terus membeli amat kecil pada peringkat pertama mereka melihat produk yang anda promosikan lagi-lagi jika anda gunakan fb ads atau google adword

Cara-cara diatas semuanya menggunakan kaedah promosi direct link affiliate, tapi tak ramai yang tahu cara lebih pro untuk promosi link affiliate. Berikut ialah cara yang boleh anda gunakan untuk anda promosikan link affiliate anda dengan cara yang lebih pro

1. Tanam link Affiliate anda dengan Link Cloaking
Link Cloaking ialah Software yang akan membantu anda untuk drop in cookies link affiliate anda di komputer search engine bakal prospek anda

Apa yang menariknya, bila anda gunakan link cloaking ini, anda juga dapat monitor link affiliate dari report yang di sediakan contohnya jumlah klik, dan sumber traffik orang klik link dari mana

Antara link cloaking paling kerap orang guna ialah prettylink. Tapi Cloaking ini adalah plugin wordpress. Anda kena ada Website Self Hosting untuk anda gunakan Link Cloaking ini. Ia mempunyai 2 version iaitu Version free dan version Pro

So, Terserah kepada anda untuk anda gunkan yang mana satu, Cuma versi Pro mempunyai lebih banyak fungsi advanced, salah satunya kita boleh letakkan pixel fb untuk kita dapat track dan collect data traffik  link affiliate kita 




      





0 comment... add one now