BIG SECRET CARA BUAT BISNES EBOOK UNTUK JANA DUIT EBOOK YANG LUMAYAN | Panduan Ebook


PERNIAGAAN EBOOK

BUAT BISNES EBOOK DAN CARA BUAT DUIT DENGAN EBOOK 


Ramai Usahawan Internet  yang berjaya hasilkan Pendapatan yang lumayan dari Menjual Ebook saja. Pelbagai Topik atau niche yang banyak di pasaran dalam bentuk ebook yang di jual mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi. Perniagaan Ebook ini amat mudah untuk diurus berbanding buku yang berbentuk fizikal. Dari segi kos untuk memulakan bisnes ebook pula, Perniagaan Ebook hanya memerlukan kos yang sangat rendah. 

Bagaimana nak mulakan Bisnes Ebook dan Menjana Duit Ebook Yang Lumayan?

Berikut ialah step by step yang perlu anda buat untuk memulakan bisnes ebook

Bro, Macam mana nak buat ebook?


Untuk buat Ebook, tools yang perlu anda ada ialah :

1. Microsoft Word 
2. Microsoft Power Point Untuk Buat Cover Ebook
3. Convert dari Microsoft Word ke Pdf
4. Covert Cover Ebook ke Ebook Mockup bagi tujuan Promosi
5. Laman Jualan Ebook Anda


Apa Topik atau Niche untuk anda pilih sebagai Topik Ebook Anda?


1. Tukar Hobi atau Minat anda ke dalam Penulisan dan hasilkan Ebook.

2. Apa kepakaran anda sekarang

Adakah kepakaran anda akan membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka? jika Ya, maka anda sedang membina Lubuk Duit Ebook yang lumayan pada masa akan datang

3. Topik/Niche Evergreen

Antara Topik/Niche Evergreen yang boleh anda terokai ialah Topik Kesihatan, Kecantikan, Perniagaan, Keselamatan, Perhubungan, Kekeluargaan, Pendidikan, dan Kewangan
Sebagai Contoh, Anda seorang pakar membina database pelanggan melalui handphone, why not anda kongsikan kepakaran anda dengan pelanggan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan database pelanggan dengan handphone, dengan cara anda hasikan ebook yang demikian, maka anda telah membantu menyelesaikan masalah pelanggan tersebut, sebagai imbuhan, anda menjana duit dari ebook yang anda hasilkan.

4. Kalau tak ada idea nak buat tulis cam mana plak? 

Ramai yang hadapi masalah ini, antara perkara yang boleh anda buat ialah anda dapatkan idea-idea dari kedai buku yang popular di malaysia, antaranya kedai popular, kedai MPH, dan Kedai Pts. Nak kena pergi kedai ker? Tak payah lah, anda cuma pergi saja ke laman web mereka dan buat kajian Topik / Buku apa yang mendapat sambutan pelanggan atau Ebook yang telah mendapat belian yang tertinggi, dari data yang anda perolehi, anda hasilkan ebook tersebut, dengan penambaikan yang terkini dan lebih premium yang tidak di berikan melalui buku/ebook di laman web tersebut.

Nampak tak? Bukan susah pun nak cari idea untuk tulis ebook, cuma penghalang utama kita ialah M.A.L.A.S!

So, jangan Malas, jom kita mulakan Bisnes Ebook Pertama kita sekarang. 3 2 1 Action.



 Bro, Sekarang dah ada Topik nak buat Ebook, 
Macam mana plak cara menjual ebook di internet?

1. Bina Tribe/Kelompok pelanggan yang mempunyai hampir sama/sama minat dalam topik/ niche yang tulis dalam ebook

2. Berikan 2-3 Modul awal dalam ebook yang anda tulis kepada pelanggan anda untuk mereka baca kandungan ebook tersebut, dan mendapatkan feedback dari hasil bacaan mereka

3. Berikan Ebook anda kepada pihak yang ada kepakaran sama dengan anda. Minta mereka berikan review tentang ebook anda. Dengan cara ini, Pelanggan akan mudah percaya dengan nilai dan kualiti ebook anda

4. BerJV. Ini adalah cara paling advanced untuk orang baru. Caranya ialah melakukan pelancaran ebook bersama-sama dengan pakar lain untuk mempromosikan ebook anda.

5. Testimonial. Lebih banyak anda dapat Feedback yang positif dari pelanggan, maka anda dapat buat kesimpulan bahawa bahawa ebook anda berjaya dan mampu menjadi signal untuk anda promosikan ebook anda secara agresif

6. Facebook Ads

7. Google Adword


Semoga dengan panduan Ringkas ini dalam Bisnes Ebook, ia dapat membantu anda sedikit sebanyak preview ringkas untuk anda menjana duit dengan ebook. 

Apa yang penting, dalam bisnes ebook ini ialah Content Ebook Tersebut yang Fresh dan membantu SOLVE masalah utama pelanggan sasaran. Sebab dalam Bisnes Ebook ini, Feedback yang positif dari pelanggan sasaran akan membantu menaikkan permintaan dan nilai ebook tersebut di pasaran



0 comment... add one now